Telefilem #SoKampung Di TV3

Telefilem #SoKampung Di TV3

Saksikan telefilem #SoKampung yang menampilkan lakona daripada Eyka Farhana dan Elisha Sandha sebagai teraju utama disamping pelakon-pelakon lain lagi.

Naskah yang akan ditayangkan semula pada hari Ahad ini, 7 Januari 2024 sebenarnya pernah ditayangkan pada tahun 2020.

{tocify} $title={Table of Contents}

Telefilem #SoKampung Di TV3

Sinopsis Telefilem #SoKampung

Dari kampung ke bandar! Saksikan telatah lucu si Khalisah a.k.a Kylie dalam mengejar cita-citanya menjadi seperti Viva Yusuf.

Kylie tinggal bersama sepupunya Sarah di Kuala Lumpur selepas SPM. Dia tak henti update di Instagram akan hidup barunya sebagai orang KL. Berkenalan dengan kawan-kawan Sarah dan mula melabel apa sahaja yang dianggap tak sama level dengan #sokampung.

Barisan Pelakon

Berikut antara barisan pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Eyka Farhana, Nur Elisha Sandha, Kuna Muzani, Kuza Muzani, Liyana Jasmay, Syafi Tee Sasha Rahman, Hariesha, Radzi Rashid, Adam Zulhilmi dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Eyka Farhana sebagai Khalisah/Kylie
  • Elisha Sandha sebagai Sarah
  • Kuna Muzani sebagai Maryam
  • Kuza Muzani sebagai Datin Raha
  • Liyana Jasmay sebagai Bibik Kitty
  • Syafi Tee sebagai Alan
  • Sasha Rahman sebagai Marissa
  • Hariesa sebagai Lily
  • Radzi Rashid sebagai Adam

Telefilem #SoKampung Di TV3

Produksi & Pengarah

Naskah ini merupakan arahan Liyana Jasmay yang juga merangkap sebagai penulis skrip bersama Faten Syamimie dan diterbitkan oleh produksinya sendiri Mermaid Studios.

Watak Bersiaran

Jadi jangan lupa saksikan telefilem #SoKampung yang akan ditayangkan pada 7 Januari 2024, hari Ahad, pukul 9.00 malam menerusi saluran TV3 atau juga secara striming di Tonton.

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2020
Bersiaran : TV3
Tarikh : 7 Disember 2023 (Ahad)
Masa : 9.00 Malam
Idea Asal : Liyana Jasmay, Adriana Jasmay
Penulis Skrip : Liyana Jasmay, Faten Syamimie
Pengarah : Liyana Jasmay
Produksi : Mermaid Studios

Telefilem #SoKampung Di TV3

Post a Comment

0 Comments