Telefilem Epilog Yasmin Di TV2

Telefilem Epilog Yasmin Di TV2

Saksikan telefilem Epilog Yasmin yang menampilkan gandingan pelakon Syafie Naswip dan Dayang Areeda sebagai teraju utama.

Telefilem ini akan menemui penonton pada hari Isnin ini, 8 Januari 2024 menerusi slot Drama On 2 yang disiarkan di saluran RTM TV2.

{tocify} $title={Table of Contents}

Telefilem Epilog Yasmin Di TV2

Sinopsis Telefilem Epilog Yasmin

Telefilem Epilog Yasmin mengisahkan tentang Yasmin dan Nasir iaitu pasangan yang sudah bertunang dan bakal berkahwin.

Nasir merupakan seorang penulis dan sering berkongsi impiannya bersama Yasmin. Nasir sering menyatakan bahawa novel tulisanya akan menjadi sebuah novel "hot seller".

Yasmin hanya ketawakan sahaja impian tunangnya itu kerana menganggap impian Nasir hanyalah sebuah angan-angan.

Suatu hari, Nasir kemalangan dan meninggal dunia tanpa sempat menyiapkan novel karangannya. Selepas kematian Nasir, Yasmin berusaha menyiapkan novel tersebut demi sebuah cinta.

Barisan Pelakon

Antara nama-nama yang terlibat dalam telemovie ini seperti Syafie Naswip, Dayang Areeda, Amzar Sabri, Hanna Qistina, Kay Maria, Bohari Ibrahim dan ramai lagi.

Watak

  • Dayang Areeda sebagai Yasmin
  • Syafie Naswip sebagai Nasir
  • Amzar Sabri sebagai Yazid
  • Hanna Qistina sebagai Sara
  • Kay Maria sebagai Mak Salmah
  • Bohari Ibrahim sebagai Paktam

Produksi & Pengarah

Naskah ini merupakan arahan Suhaimi Abd Rahman, penulisan skrip bersama daripada Farah Izzati dan Hajar Edwina dan diterbitkan oleh produksi Screenart Studio.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa saksikan telefilem Epilog Yasmin yang akan bersiaran pada 8 Januari 2024, hari Isnin, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.

Info Penuh Telemovie

Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 8 Januari 2024 (Isnin)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Farah Izzati, Hajar Edwina
Pengarah : Suhaimi Abd Rahman
Produksi : Screenart Studio

Telefilem Epilog Yasmin Di TV2

Post a Comment

0 Comments