Telefilem Bini Aku Hantu Langsuir Di TV9

Telefilem Bini Aku Hantu Langsuir Di TV9

Jangan lupa saksikan telefilem Bini Aku Hantu Langsuir yang akan menemui penonton semula pada 20 Oktober 2023, hari Jumaat, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau secara online di www.tonton.com.my.

Telefilem seram komedi yang pernah ditayangkan pada tahun 2013 ini merupakan terbitan syarikat Zeel Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Jamal Khan dengan penulisan skrip daripada Haslizawaty Hassan.

Table of Contents

Bini Aku Hantu Langsuir

Tayangan Asal : 2013
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 20 Oktober 2023 (Jumaat)
Masa : 8.30 Malam
Penulis Skrip : Haslizawaty Hassan
Pengarah : Jamal Khan
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.

Telefilem Bini Aku Hantu Langsuir Di TV9

Barisan Pelakon & Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Bini Aku Hantu Langsuir seperti Shuib Sepahtu, Tasha Shilla, Hairi Safwan, Nur Risteena, Fendi Seman dan ramai lagi. Serta penampilan khas daripada Mak Jah.

  • Shuib Sepahtu sebagai Shuib
  • Tasha Shilla sebagai Seri
  • Hairi Safwan sebagai Sarip
  • Nur Risteena sebagai Saleha
  • Fendi Seman sebagai Pak Muo

Sinopsis Telefilem Bini Aku Hantu Langsuir

Telefilem Bin Aku Hantu Langsuir bermula dengan kisah Shuib yang menjadi murung dan kecewa apabila kekasih hatinya Saleha berkahwin dengan lelaki lain.

Pada masa Shuib dilanda kesedihan, timbul pula kekecohan tentang hantu langsuir di kampungnya.

Shuib terpedaya dengan kata-kata orang kampung yang mengatakan jika hendak menukar hantu langsuir kepada manusia, perlu memahat paku panjang di tengkuk hantu langsuir itu!

Suatu malam, Shuib tekad mencuba dan berjaya memaku tengkuk hantu itu. Keesokan harinya Shuib didatangi oleh seorang wanita cantik bernama Seri yang mahu meminta pekerjaan sebagai pembantu rumah.

Tanpa pengetahuan Shuib, Seri yang dikahwininya dan juga pembantu rumahnya adalah hantu langsuir yang telah dipakunya tempoh hari. Tapi rupa-rupanya itu semua hanyalah mainan mimpi Shuib!

Telefilem Bini Aku Hantu Langsuir Di TV9

Post a Comment

0 Comments