Siri Original That Cover Girl Temui Anda 19 Oktober Ini Di Prime Video

Siri Original That Cover Girl Temui Anda 19 Oktober Ini Di Prime Video

Setelah bertahun-tahun memasuki pasaran tempatan, akhirnya syarikat penstriman Amazon Prime akan mengeluarkan satu siri original berjudul That Cover Girl yang akan menemui penonton bermula 19 Oktober 2023.

Anda boleh strim kesemua 6 episod pada hari Khamis iaitu tarikh tayangan siri ini disiarkan. Hanya perlu langgan Amazon Prime Video dengan harga RM25 sebulan untuk dapatkan akses kesemua kandungan dalam penstriman ini.

That Cover Girl merupakan idea asal dariapda Abid Hussain yang juga bertidan sebagai pengarah, penulisan skrip daripada Yasmin Yaacon dan diterbitkan oleh Creative Stew.

Table of Contents

That Cover Girl

Episod : 6
Tayangan : Original Prime Video
Tarikh : Mulai 19 Oktober 2023 (Semua Episod)
Idea Asal : Abid Hussain
Pengarah : Abid Hussain & Megat Sharizal
Produksi : Creative Stew

Drama That Cover Girl Di Prime Video

Barisan Pelakon & Watak

Drama ini menampilkan barisan pelakon terkenal Malaysia seperti Siti Saleha, Hisyam Hamid, Alicia Amin, Aiman Hakim Ridza, Melissa Campbell, Christina Suzanne, Yasmin Hani, Hana Tiha, Raz Gabriel Sho dan ramai lagi.

  • Siti Saleha sebagai Sofi Safwan
  • Hisyam Hamid sebagai Arif
  • Aiman Hakim Ridza sebagai Darius
  • Alicia Amin sebagai Laila
  • Melissa Campbell sebagai Su Ann
  • Raz Gabriel Sho sebagai Aslan
  • Hana Tiha sebagai Hana
  • Yasmin Hani sebagai Dania
  • Arena Wan sebagai Shiqa
  • Zahim Albakri sebagai Safwan
  • Nina Juren sebagai Bahiyah
  • Christana Suzanne sebagai Malaika

Sinopsis Drama That Cover Girl

Drama That Cover Girl mengisahkan tentang Sofia Safwan iaitu seorang tokoh dan ahli perniagaan yang berjaya dalam bidang industri fesyen dan mempunyai empayar yang luas sehingga ke Paris.

Bukan itu sahaja, dia juga merupakan seorang isteri yang patuh kepada seorang suami yang memberikan kasih sayang dan dorongan kepadanya.

Malangnya, terdapat beberapa kejadian malang dalam usaha perniagaanya, yang melibatkan masalah skandal dan persekitaran kerja yang tidak menyenangkan.

Meskipun perlu menghadapi cabaran tersebut, dia tetap berdedikasi tanpa goyah untuk menyelesaikan masalah dan isu perniagaan dan perkahwinannya. Dia tetap berdepan dengan segala komplikasi lanjut yang timbul di sepanjang jalan.

Drama That Cover Girl Di Prime Video

Post a Comment

0 Comments