Drama Cik Misi 123 Di Slot Tiara Astro Ria 104

Drama Cik Misi 123 Di Slot Tiara Astro Ria 104

Selesai Bukan Cinta Sempurna, kini Astro bawakan pula drama terbaru untuk slot Tiara bertajuk Cik Misi 123 yang mengetengahkan genre drama percintaan beserta dendam dan konflik dalam perhubungan.

Cik Misi 123 akan mula bersiaran pada 9 Oktober 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6.00 petang menerusi Astro Ria (saluran 104) dan secara online di Astro Go. Selain itu, di Sooka pun ada.

Drama 30 episod ini menampilkan 4 pelakon dan teraju utama iaitu Adam Lee, Sweet Qismina, Hafreez Adam dan Bella Dally disamping pelakon pembantu yang lain

Naskah ini merupakan idea asal daripada PGR's Team dan Noy Norzita Ibrahim, penulisan skrip daripada Soula Nordin dan Chinta Nadessha, diarahkan oleh Feroz Kader yang merupakan penerbitan Ariz Capital Production Sdn. Bhd.

{tocify} $title={Table of Contents}

Info Drama

Episod : 30
Tayangan : Slot Tiara Astro Ria 104
Tarikh : Mulai 9 Oktober 2023 (Isnin - Jumaat)
Masa : 6.00 Petang
Idea Asal : PGR's Team dan Noy Norzita Ibrahim
Penulis Skrip : PGR's Team, Soula Nordin dan Chinta Nadessha
Pengarah : Feroz Kader
Peroduksi : Ariz Capital Production Sdn. Bhd.

Drama Cik Misi 123 Astro Ria

OST Drama

Tajuk : Cik Misi
Penyanyi : Mark Adam
Komposer : Mark Adam
Lirik : Altimet

Barisan Pelakon & Watak

Selain daripada barisan pelakon utama, terdapat juga pelakon pembantu seperti Mark Adam, Wan Sharmila, Safwan Nazri, Faiz Dickie, Najua P. Ramlee, Erin CTJ, Zamarul Hisham, Watie Sadali, Afifah Nasir dan ramai lagi.

  • Adam Lee sebagai Mika
  • Sweet Qismina sebagai Oya
  • Hafreez Adam sebagai Dr. Aish
  • Bella Dally sebagai Dr. Erin
  • Mark Adam seabgai CI Harun
  • Wan Sharmila sebagai Sister Jenab
  • Afifah Nasir sebagai Umai
  • Zamarul Hisham sebagai En. Idris
  • Watie Sadali sebagai Pn. Rahilah

Sinopsis Drama Cik Misi 123

Drama Cik Misi 123 mengisahkan tentang Oya yang memberontak kerana dirinya dipaksa untuk memasuki kolej kejururawatan tanpa kerelaan hatinya.

Pertembungan Oya dengan Mika sering menimbulkan pergaduhan antara mereka berdua.

Semasa mereka bekerja di hospital, konflik besar mula berlaku apabila bekas tunang Oya iaitu Dr Aish muncul.

Hal ini menyebabkan Dr Erin, teman wanita Dr Aish cemburu dan berlaku pergaduhan antara mereka sehingga menyebabkan Dr Aish hilang fokus dalam menjalankan tugasan hospital.

Drama Cik Misi 123 Astro Ria

Post a Comment

0 Comments