Telefilem Cinta Kamikaze (TV9)

Telefilem Cinta Kamikaze (TV9)

Telefilem Cinta Kamikaze (TV9)

Saksikan telefilem CINTA KAMIKAZE yang akan bersiaran semula pada 5 Oktober 2022, hari Rabu pada pukul 1.30 tengah hari menerusi saluran TV9 atau boleh juga tonton secara online di www.tonton.com.my

Tayangan : Saluran TV9
Tarikh : 5 Oktober 2022 (Rabu)
Masa : 1.30 Petang
Idea Asal : Eja Lorena
Penulis Skrip : Eja Lorena
Pengarah : Kas Roshan
Produksi : NS Star Sdn. Bhd.

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Zahiril Adzim, Nadiya Nisaa, Harun Salim Bachik, Ieda Moin, Muhd Mentor, Ayang Abbas, Nazirah Jalil, Nurheda dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Zahiril Adzim sebagai Khalish
  • Nadiya Nisaa sebagai Suci
  • Ieda Moin sebagai Cik Cheryl

Sinopsis Teleiflem Cinta Kamizake

Telefilem Cinta Kamikaze mengisahkan tentang Suci iaitu seorang pengacara televisyen wanita yang popular dan Khalis merupakan seorang chef muda di sebuah hotel yang terkenal.

Kerana ingin memberi peluang kepada Khalish agar bakatnya dikenali, pengurus hotel tersebut, Cik Cheryl mencadangkan agar Khalish menjadi tetamu di rancangan Tamu Suci yang dikendalikan oleh Suci. Kebetulan Suci juga tidak berjaya mendapatkan tetamu di saat-saat akhir.

Malangnya, kerana tidak mahu wajahnya disiarkan di kaca televisyen dan rahsianya terbongkar kerana mempunyai ramai teman wanita, Khalish tidak hadir untuk siaran langsung tersebut. Suci malu dan menyimpan dendam terhadap manusia bernama Khalish.

Khalish dan Suci tidak mengenali antara satu sama lain. Mereka hanya berhubung melalui temujanji di dalam telefon sahaja. Namun, tanpa mereka sedari mereka sebenarnya kerap kali bertemu di luar dan akhirnya menjalinkan percintaan kerana masing-masing merahsiakan status mereka.

Sejauh manakah hubungan yang dijalin penuh rahsia itu dapat bertahan? Dapatkah Suci memaafkan perbuatan Khalish yang telah memalukannya sewaktu siaran langsung dahulu?

Telefilem Cinta Kamikaze (TV9)

Telefilem Cinta Kamikaze (TV9)

Post a Comment

0 Comments